Monday, June 23, 2008

Dzni Cakes & Cafe



Baby ku yang ke 4 ataupun bisness ku yang ke empat. Kedai Kek & Cafe. Kini hampir setahun aku menceburi bidang membuat kek & roti. Pelbagai halangan tercipta sebelum, semasa dan hingga kini.

Halangan pertama pekerja yang tidak amanah. Semasa aku hampir untuk bersalin aku mengambil seorang pekerja wanita yang tak payahlah ku sebut namanya disini. Aku mengamanahkan kepadanya kedai tersebut semasa ketiadaan ku. Pada bulan pertama bekerja ku lihat beliau seorang pekerja yang bagus walaupun ada kata-kata yang tak manis bercerita tentang beliau. Tapi aku mempercayai beliau kerana apa yang kulihat tidak sama dengan apa yang kudengari.

Pada bulan kedua beliau disana aku melahirkan anak ke lima, IRIS INTISHAR nama diberi. Banyak hal yang ku dengar cerita yang tak baik dikedai. Akhirnya aku terpaksa pergi ke kedai Dzni Cakes & Cafe semata mata untuk melihat sendiri apa yang
menjadi buah mulut orang.

Banyak benda yang ku nasihati dan tegur semasa aku berada dikedai walaupun tak lama. Nasihat dan teguran sentiasa tak lekang dari mulut ini agar beliau tidak lari landasan sebenarnya.

Masuk bulan ketiga selepas aku lepas 40 hari masih perangai dan tabiat belia yang membuat aku semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada beliau

Akhirnya aku nekad untuk memberhentikan beliau selepas aku mendapat bukti yang beliau bukan saja tidak amanah malah banyak mempengaruhi pekerja lain untuk mengingkari perintah ku.

Hari terakhir semasa aku memanggil beliau dan memberi kesempatan untuk membela dirinya. Sekiranya beliau berjaya meyakinkan aku, tentu aku akan mengekalkannya. Tapi tak ada apa-apa, hanya permohonan maaf yang sentiasa bermain dimulut beliau selama ini. Tidak pernah menyesali perbuatan ataupun bertaubat dari kesilapan beliau. Perubahan yang ku nampak hanyalah bila aku ada sama di kedai. Jika tidak lesap lah ataupun beliau pergi melepak kat mana-mana.

Kini setelah ketiadaan beliau aku makin hari semakin selesa untuk berada di kedai. Walaupun pada mula mengingati juga ketiadaan beliau tapi bila mengenang kembali apa yang telah beliau lakukan, aku yakin tindakan ku keatas beliau amatlah tepat.

Inilah pertama kali aku menyingkir pekerja ku walaupun amat berat ku rasakan. Tetapi nak buat macam mana beliau tidak memberi aku pilihan lain.

No comments: