Sunday, July 20, 2008

Pelanggan atau Pekerja

Selama hampir 7 tahun aku menceburi bidang perniagaan pelbagai ragam pelanggan telah ku temui. Ada yang menyakitkan, ada yang membuat ku gelak seorang, ada yang mencurigakan, ada yang memberi pujian, ada yang memberi semangat dan galakan dan macam macam lagi.


Hari ini aku ingin berkongsi pengalaman dengan anda semua berkenaan kerenah pelanggan yang ku rasakan biasa saja. Tetapi sebelum ini aku tidak berkesempatan untuk membicarakannya kerana aku masih baru menjadi blogger. Jadi aku rasa bertanggung jawab untuk meluahkan pengalaman itu kepada semua.


Bukan bermaksud untuk memalukan sesiapa atau menyakiti hati sesiapa. Tetapi ini adalah untuk pengajaran kepada sesiapa saja yang ingin menceburi bidang ini. Maaf dipinta jika ada yang terasa hati dengan pengalaman ini.


Hari ini Ahad 20hb Julai 2008, di negeri Terengganu cuti umum kerana menyambut hari keputeraan Sultan Mizan.


Keluar dari rumah pada pukul 9.00 am menuju ke kedai makan Rantau Catering. Sebuah kedai makan yang masih baru beroperasi tetapi tuan punya seorang yang terkenal dalam bidang catering. Pelbagai jenis makanan yang terhidang dari nasi lemak, nasi dagang,nasi minyak laksa, laksam, soto dan lain-lain


Hidanganku mee hoon goreng manakala suamiku pula nasi lemak. Tiba sebelum sempat menghabiskan rezeki Allah, datanglah seorang kakak menghampiri meja kami.

"Awak towkey kedai dobi?"..aku kata "ya saya."


"Saya nak komplen sikit ni"..tambah kakak tu lagi.

"Silakan"..kata ku..


"Saya geram betul dengan pekerja kamu yg pakai kaca mata tu.... dia tu kenapa suka sangat membebel. Saya tidak suka orang perangai macam tu."


Aku tanya "kenapa?"


"Semalam saya ada hantar baju untuk basuh dan gosok, saya mintak dia siapkan untuk hari ini, "urgent...kerana anak saya akan pergi ke asrama besok. Tapi saya tak sempat pulang kerana saya balik lewat ke Kuantan. Bila pagi ni dia duk cerita tentang dia berdua saja, dan jarang menerima kerja untuk disiapkan satu hari. Biasanya 2-3 hari."


Kakak tu kata lagi.."kenapa tak tampalkan kat kedai, saya mana tahu peraturan awak."


Tiba-tiba suamiku yang ada disebelah yang tadinya senyap je..terus mencelah, "patutlah semalam pekerja tersebut lewat balik tunggu kakak kut. Pasal bila berjanji orang akan tunggu kita".


Kakak tu terkejut.."Dia tunggu saya ke? Sampai kul berapa?."


Suami ku menambah, "kalau dah berjanji mesti kena buat. Kena tunggu untuk collection. Kalau dah balik rumah susah lah. Kakak sepatutnya talipon kalau tak sempat balik. Supaya orang taklah tertunggu. Mintak maaflah "...sambung suamiku lagi.


"Kedai tutup pukul berapa?..saya kalau lewat saya takkan talipon." Kata kakak tu lagi.

Aku menjawab, "kita bukan cakap.. kakak, mungkin kakak tidak begitu tapi orang lain kalau urgent dan dah berjanji dia orang akan talipon tak kira masa."

Kakak tu kata lagi saya tertinggal no talipon dalam kereta satu lagi.


Saya ni kan customer? mana boleh buat macam tu!..begitulah lebih kurang skrip pagi tadi. Aku pun tak berapa ingat sangat, kerana pagi-pagi dah kena serbu...hehehhehe nasib-nasib.


Apa yang ingin ku kongsi disini ialah:-


1) Pelanggan /Customer

Semua peniaga inginkan pelanggan. Tanpa pelanggan siapa lah peniaga.

Pelanggan pula terbahagi kepada beberapa kategori:-

a) Pelanggan tetap ( Hari-hari)

b) Pelanggan tidak tetap (jarang-jarang)

c) Pelanggan sekali sekala (kadang-kadang)


Kesimpulan..semua namanya pelanggan/customer. Tapi tidak sama cara langganannya.

Pada towkey semuanya harus dilayan sebaiknya kerana pelanggan adalah nadi suatu perniagaaan. Tanpa mereka kita tak kemana!


2) Pekerja

Tanpa pekerja tiada lah towkey. Kalau pekerja tidak bagus tak kemana pun kita. Kalau dapat yang bagus, Alhamdullilah tak sakit kepala otak kita ni.


Siapakah customer di mata pekerja. Sumber untuk mereka?, pentingkah pelanggan bagi mereka? Pelanggan yang macam mana harus dilayan sebaiknya. Pelanggan cerewet?..sorrylah!

Pelanggan yang tau berbudi bahasa, lemah lembut akan dilayan bagai raja. manakala pelanggan yang cerewet mereka tak suka ..cari kedai lain lah kata mereka. Tak sanggup nak layan kalau perangainya macamlah kita ni orang gaji dia!


Kesimpulannya: Sebagai tuan punya aku memang pening kepala. Ibarat menarik rambut dalam tepung. Supaya rambut tak putus dan tepung tidak bertaburan. Di luah mati mak, ditelan mati bapak!..hahahhahahah.


Kedua-duanya penting untuk aku.


Dari cerita diatas dapat kusimpulkan ialah:


1) Pelanggan itu meminta jasa baik pekerja untuk mempercepatkan barangan beliau. Urgent-nak hari ni jugak pasal anak dia nak pergi asrama.


2) Pekerja tersebut telah menjalankan tanggungjawab beliau sebaik mungkin. Memenuhi permintaan pelanggan.


3) Pelanggan tersebut tidak memaklumkan bahawa beliau tidak dapat balik untuk membuat collection.


4) Pekerja terpaksa menunggu dengan sabar. Hingga lewat pulang ke rumah hari itu.

( Overtime takde untuk standby)


5) Pelanggan tersebut mungkin dimarahi kerana tidak memaklumkan yang beliau tidak dapat datang membuat collection.


6) Pekerja tu mungkin bengang pasal tiada permintaan maaf dari pelanggan tersebut. Kalau didahulukan maaf mungkin salah faham tak timbul.



Entahlah...jika saudara/i ingin berkongsi pengetahuan/pengalaman...silakan. Kita sama-sama mencari kebaikan .

Karnival Sukan Petronas Pantai Timur

Assalamualaikum,

Agak lama aku tidak mengemaskini laman ini. Kesibukan anak-anak yang akan menduduki peperiksaan. Ditambah pula dengan kesibukan di Samsaba Futsal & Cafe. Minggu depan bermulanya Karnival Sukan Petronas Pantai Timur. Banyak tempahan untuk latihan serta dua acara iaitu Bola Keranjang dan Bola tampar akan dilansungkan disitu.

Persediaan untuk menyambut acara sukan tersebut harus dilakukan bagi menjamin kelancaran acara tersebut. Surat resmi dari Saudara Zaki Sadri yang bertanggungjawab menyelaras acara-acara tersebut telah ku terima 2 hari yang lepas.

Untuk minggu depan siang dan malam gelanggan telah pun penuh ditempah oleh pelbagai anak syarikat Petronas. Semuanya sibuk mempersiapkan diri secara fizikal dan mental.
Sukan seperti bola keranjang bukan hanya tertumpu kepada fizikal tetapi banyak kali mental digunakan semasa pertandingan berlansung. Bukan hanya pandai bermain saja yang menjadi keutamaan tetapi kekuatan mental harus menjadi satu senjata untuk meruntuhkan kekuatan sesuatu pasukan.

Disamping "body contact", mulut juga menjadi salah satu senjata yang berkesan.
Namun ianya telah menjadi lumrah permainan tersebut. Lihat saja gelagat pemain bola tampar yang berjaya melakukan strike. Dengan gaya bersahaja membuat pelbagai gaya bagi melemahkan lawan masing-masing.

InsyaAllah gambar-gambar untuk sukan tersebut akan ku upload dilaman ini nanti.