Sunday, June 29, 2008

Dzni Cakes

Produk hari ini..


Alhamdullilah..dalam kesibukan hari ni dapat juga menyiapkan 3 biji kek.
Disamping itu pelbagai roti dapat juga disiapkan. Nampaknya dapat lah aku berehat kat rumah petang ni.

2 dari 3 biji Kek untuk tatapan semua..


 - Fotopages.com

Monday, June 23, 2008

Dzni Cakes & Cafe



Baby ku yang ke 4 ataupun bisness ku yang ke empat. Kedai Kek & Cafe. Kini hampir setahun aku menceburi bidang membuat kek & roti. Pelbagai halangan tercipta sebelum, semasa dan hingga kini.

Halangan pertama pekerja yang tidak amanah. Semasa aku hampir untuk bersalin aku mengambil seorang pekerja wanita yang tak payahlah ku sebut namanya disini. Aku mengamanahkan kepadanya kedai tersebut semasa ketiadaan ku. Pada bulan pertama bekerja ku lihat beliau seorang pekerja yang bagus walaupun ada kata-kata yang tak manis bercerita tentang beliau. Tapi aku mempercayai beliau kerana apa yang kulihat tidak sama dengan apa yang kudengari.

Pada bulan kedua beliau disana aku melahirkan anak ke lima, IRIS INTISHAR nama diberi. Banyak hal yang ku dengar cerita yang tak baik dikedai. Akhirnya aku terpaksa pergi ke kedai Dzni Cakes & Cafe semata mata untuk melihat sendiri apa yang
menjadi buah mulut orang.

Banyak benda yang ku nasihati dan tegur semasa aku berada dikedai walaupun tak lama. Nasihat dan teguran sentiasa tak lekang dari mulut ini agar beliau tidak lari landasan sebenarnya.

Masuk bulan ketiga selepas aku lepas 40 hari masih perangai dan tabiat belia yang membuat aku semakin hari semakin hilang kepercayaan kepada beliau

Akhirnya aku nekad untuk memberhentikan beliau selepas aku mendapat bukti yang beliau bukan saja tidak amanah malah banyak mempengaruhi pekerja lain untuk mengingkari perintah ku.

Hari terakhir semasa aku memanggil beliau dan memberi kesempatan untuk membela dirinya. Sekiranya beliau berjaya meyakinkan aku, tentu aku akan mengekalkannya. Tapi tak ada apa-apa, hanya permohonan maaf yang sentiasa bermain dimulut beliau selama ini. Tidak pernah menyesali perbuatan ataupun bertaubat dari kesilapan beliau. Perubahan yang ku nampak hanyalah bila aku ada sama di kedai. Jika tidak lesap lah ataupun beliau pergi melepak kat mana-mana.

Kini setelah ketiadaan beliau aku makin hari semakin selesa untuk berada di kedai. Walaupun pada mula mengingati juga ketiadaan beliau tapi bila mengenang kembali apa yang telah beliau lakukan, aku yakin tindakan ku keatas beliau amatlah tepat.

Inilah pertama kali aku menyingkir pekerja ku walaupun amat berat ku rasakan. Tetapi nak buat macam mana beliau tidak memberi aku pilihan lain.

Dzni Cakes & Cafe

Friday, June 6, 2008

Harapan dan impian.

Pertama sekali kami ingin meminta kemaafan jika banyak terdapat kekurangan dalam blog ini. Percubaan pertama untuk sama berkongsi apa yang telah kami usahakan selama ini. Kami berjanji akan cuba memperbaiki segala kelemahan blog ini. Semoga ianya menjadi salah satu tarikan kepada peminat blog untuk sama berkongsi pengalaman,pahit manis,dan segalanya.

Banyak lagi gambar2 yang akan kami upload diblog ini untuk tatapan anda semua.

Semoga ianya akan menjadi satu catatan kehidupan kami dan kenangan untuk anak-anak kami. Agar menjadi pedoman dan teladan berguna untuk mereka, pabila menempuh realiti kehidupan.

Salam sayang dari kami
Samsaba Enterprise.

Samsaba Futsal & Cafe.

Samsaba Cafe - Fotopages.com

Semenjak dari hari pertama beroperasi Samsaba Futsal & Cafe tidak pernah sunyi dari mendapat kunjungan penduduk Kerteh dan kawasan sekitarnya.

Asalnya sebuah gelanggang terpinggir yang mana menjadi tumpuan untuk burung, unggas dan haiwan lain. Sesekali didatangi oleh segolongan peminat bola keranjang untuk
beriadah. Tiada sebarang aktiviti lain dianjurkan. Ia menjadi tempat yang sunyi dan tiada yang sudi untuk datang beriadah disitu.

Kini telah 4 tahun umurnya, Samsaba Futsal & Cafe terus menjadi pilihan untuk orang ramai bersukan dan menikmati makanan dan minuman yang dijual disini.

Pelbagai acara sukan telah dijalankan.
1) Pertandingan Futsal Terbuka Kerteh/kemasek
2) Pertandingan Futsal @ Sukan Komuniti.
3) Pertandingan Futsal @ Pemuda PAS
4) Pertandingan Futsal @ TPC2
5) Pertandingan Volley Ball @ PCSB
6) Pertandingan Basket Ball 3 on 3 @ PGB/PPT

Tak tertulis banyaknya acara dan pertandingan yang telah dilansungkan di Samsaba Futsal & Cafe. Tidak ketinggalan ianya menjadi pilihan bagi pengemar acara Kriket dan Hoki.Tidak pernah terfikir permainan tersebut akan menjadi gelanggang untuk peminat sukan tersebut. Tapi realitinya di Samsaba Futsal & Cafe terus menjadi salah satu tempat tumpuan untuk komuniti di kawasan Kerteh dan sekitarnya.

Semoga Samsaba Futsal & Cafe terus menjadi salah satu tempat pilihan untuk penduduk Kerteh dan kawasan sekitarnya. InsyaALLAH.

View diwaktu malam - Fotopages.com